Tuesday, November 30, 2010

Mengertilah

Dalam dunia ini, kita tidak punya siapa kecuali diri sendiri..
tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai
seorang sahabat yang memahami kita.


Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat,begitu juga dia.


Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.. Kita cuma mengambil kira
tentang harapan dan perasaan kita.


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak
memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.


Bagi kita, alasannya itu adalah untuk menutup kesilapan dan membela
diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu
alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita.


Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita,
dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.


Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita
pada waktu kita memerlukan dia.


Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan
ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan
sebagai laluan penyelesaian masalah.


Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin
dikongsi.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang
rasa bimbangnya, rasa takutnya???


Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita???


Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya???


Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia
meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah
kalah???


Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah???


Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan pada kita???


Sesekali, jadilah kawan yang juga mendengar dari hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan..
kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut,
ada rasa...bimbang,sedih, dan kecewa.


Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai
kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia
ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita
sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan
seribu kekalutan, kita tidak tahu.... tetapi jika kita cuba jadi
sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu....
Mungkinkah kita???

Monday, November 22, 2010

First Entry

Assalamualaikum.. salam sejahtera semua..
Dah lama teringin nak berblog ni dan hari ini tercapailah cita-cita nak ada blog sendiri.
Errr.. apa lagi eh...?





Ha... cuba tengok meow tu.. penat betul dia.. hehe
Rasanya buat masa ni tu je la kot. Mungkin selepas ini banyak lagi cerita yg dapat dikongsi kat sini.. bye :)